Retreat PEMBINA Melaka 2009 January 7, 2009
Posted by pembinamelaka in Laporan Aktiviti, PEMBINA.Tags: PEMBINA Melaka, Retreat
trackback
Tanggal 25 Disember 2008 yang lalu, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Melaka telah berjaya mengadakan Retreat PEMBINA Melaka 2009 bagi membincangkan dan merangka strategi dan halatuju baru PEMBINA bagi tahun 2009. Retreat ini mengumpulkan semua penggerak PEMBINA Melaka lelaki dan wanita seawal jam 8:30 pagi sehingga jam 2 petang.
Antara perkara yang dibincangkan ialah refleksi perjalanan program sepanjang 2008, pencapaian tahun 2008, kerangka amal PEMBINA pasca pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), pembinaan imej PEMBINA untuk pengggarapan massa, perancangan aktiviti sepanjang 2009, pembinaan sumber dana dan sumber manusia yang kukuh serta beberapa perkara administratif yang lain.
Rentetan program ini ialah Retreat PEMBINA Melaka kedua yang diadakan pada 29 Disember 2009. Retreat kali ini dihadiri oleh pelajar-pelajar dari beberapa IPT terpilih dari seluruh Melaka bagi membincangkan perkara yang sama, namun dalam pendekatan yang lebih rapat dan praktikal dengan realiti kampus masing-masing.
Antara resolusi yang dibawa pulang oleh para peserta ialah untuk mengadakan perbincangan lanjut berkaitan pindaan AUKU, perjumpaan berkala untuk keselarasan amal di setiap IPT yang berbeza serta komitmen dan kesungguhan setiap ahli untuk merealisasikan lonjakan amal dan penonjolan imej PEMBINA di kalangan belia secara keseluruhannya.
Diharapkan semua perancangan yang telah dilakukan mampu untuk direalisasikan demi pembangunan dan peningkatan potensi belia Melaka secara amnya.
Majulah PEMBINA demi agama!
Disediakan Oleh,
![]()
Saudara Muhammad Lukman Al Hakim bin Muhammad
Presiden PEMBINA Cawangan Melaka.
Comments»
No comments yet — be the first.