jump to navigation

Kami telah berpindah !! March 2, 2009

Posted by pembinamelaka in Uncategorized.
add a comment

pembinamelaka

Ribuan kemaafan dari pihak editorial PEMBINA Melaka yang sudah lama membiarkan pelawat tertanya-tanya ke mana kami menghilangkan diri. Dengan lafaz mulia “Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim”, ingin kami maklumkan, kami telahpun selamat memulai kehidupan di rumah baru. Pelbagai artikel, laporan dan hebahan aktiviti serta koleksi multimedia menanti anda.

Jom singgah di teratak baru kami !!

www.PEMBINAMELAKA.com

 

Jumpa di sana,
Editor,
Sidang Redaksi PEMBINA Melaka.

Advertisements

Anger Management January 15, 2009

Posted by pembinamelaka in English, Ilmiah.
Tags: , ,
add a comment

Definition of Anger

Internal uneasiness which result in losing control of rationale.

Symptoms of Anger

  1. Feeling uncomfortable on the chest.
  2. Heart beats faster and faster.
  3. The rate of blood flow increase until feel hot, might as well, sweating.
  4. Feeling like throwing things to others.
  5. Tendency to speak loudly, or shout.
  6. Everything seems to be ugly.

P/S : Patient may suffer from other symptoms as well. Please consult the nearest doctor* to be diagnosed thoroughly.

Prescription for Anger

  1. Forgiveness
  2. Wudhu’
  3. Seek protection from Allah from shaiton the rejected one.
  4. Du’a/ supplication
  5. Not hurting back for being hurt

Note: Repeat medication prescribed if symptoms re-occur

Get your free medical treatment at the NEAREST CLINIC

*Doktor yang berdekatan boleh ditemui pada lokasi lebih dekat daripada urat leher anda.

Return back to Allah, as He provides solutions to all disease!

ukht-dayah-lukman 

Saudari Norhidayah Binti Ismail,
Ahli,
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Cawangan Melaka.

Retreat PEMBINA Melaka 2009 January 7, 2009

Posted by pembinamelaka in Laporan Aktiviti, PEMBINA.
Tags: ,
add a comment

Tanggal 25 Disember 2008 yang lalu, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Melaka telah berjaya mengadakan Retreat PEMBINA Melaka 2009 bagi membincangkan dan merangka strategi dan halatuju baru PEMBINA bagi tahun 2009. Retreat ini mengumpulkan semua penggerak PEMBINA Melaka lelaki dan wanita seawal jam 8:30 pagi sehingga jam 2 petang.

Antara perkara yang dibincangkan ialah refleksi perjalanan program sepanjang 2008, pencapaian tahun 2008, kerangka amal PEMBINA pasca pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), pembinaan imej PEMBINA untuk (more…)

Demi Masa. January 5, 2009

Posted by pembinamelaka in Ilmiah, Palestin, Pena Presiden.
Tags: , , ,
add a comment

Bumi Palestin yang berdarah kini kembali mencuri tumpuan dunia. Sehingga saat ini, jumlah korban telahpun mencapai jumlah 510 orang dan lebih 2000 orang tercedera termasuk orang awam dan kanak-kanak. Pastinya kita sedia maklum 1001 cerita  dan kisah derita saudara seakidah kita yang terpampang di dada-dada akhbar dan tersiar di media massa tempatan mahupun antarabangsa. Sebanyak itu jugalah iktibar dan pengajaran yang sepatutnya kita kutip dari peristiwa hitam ini.

pemimpin-hamasSalah satunya yang begitu menarik perhatian saya ialah bagaimana HAMAS yang berjuang bermati-matian demi mempertahankan tanahair, dan yang lebih penting mempertahankan  Islam dari pencerobohan tentera Yahudi yang terlaknat. Menariknya, pemimpin-pemimpin tertinggi gerakan ini masih mampu (more…)

Hijrah Terakhir: Episod Satu December 31, 2008

Posted by pembinamelaka in Cerpeneka, Karya Hati, Pena Presiden.
Tags: , , ,
add a comment

Lontaran suaranya lembut beralun, tersulam cantik dan beralas namun sesekali bagai dilambung tegasnya. Memanah jiwa, terus menderap kejap ke tempurung akal para hadirin yang membanjiri ruang solat Masjid Al-Ikhwan. Tuturnya melantunkan lagu keinsafan dan ritma penuh keimanan. Seperti tidak pernah bait-bait nasihat seumpama ini menyapa gegendang telingaku. Ya, unik dan tersendiri. Serba rinci dan penuh informasi. Kalimah ayat-ayat suci dan hadith Nabi yang melatari begitu fasih dan bersahaja diungkapkan, projeksi keluasan gudang ilmunya. Diksi serta ekspresi yang ditabur sepatah demi sepatah menggoncang pintu hati, menguak jendela pemikiran. Sekali dan abadi.

Penggarapan nilai praktikal dari peristiwa hijrah Nabi yang mulia harus kita cernakan lumat-lumat. Inilah peristiwa agung yang disusun Allah untuk mentarbiah kita tentang makna sebenar hijrah.” Bergema suaranya ke segenap ruang solat masjid.

.

Bukannya saya mengajak kalian semua bersama-sama menaiki unta berpindah dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu!” Sesekali terpancul dekah ketawa di celah bernas senda dan pintar jenakanya.

Hijrah dalam realiti kita hari ini berbeza. Hijrah ke arah kemantapan akidah, kesahihan ibadah serta kekukuhan akhlak. Menuntut penambahbaikan untuk memartabatkan panji Ilahi, lantas mengucap ‘sayonara’ kepada karat-karat jahiliah. Itu yang kita mahu.” Padat inti katanya.

Ceramah sempena sambutan Awal Muharram 1430H dan Tahun Baru 2009 ini sememangnya berbeza dan sarat dengan intipati penuh makna.

Dari balik tabir yang memisahkan antara ruang solat lelaki dan wanita, sekilas sempat aku melempar pandang si empunya suara. Dari pandangan sisi, tampak tampan dan kemas. Ada satu sinar dari air mukanya yang jernih. Sebaik sahaja dia menoleh, (more…)

Promosi Kem Lepasan SPM December 30, 2008

Posted by pembinamelaka in Uncategorized.
add a comment

Alor Gajah, Melaka: Bertempat di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Melaka, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Melaka akan sekali lagi membawakan program bermanfaat khusus untuk para pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sessi 2008. Program julung kali ini diadakan tanggal 16 hingga 18 Januari dan dibawakan bersama dengan kerjasama Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) cawangan Melaka.

pamphletpageluar

pamphletpagedalam

Program 3 hari 2 malam ini akan menyelitkan antara lain diskusi tentang perencanaan masa depan, perbandingan bidang dan jurusan juga perspektif awal tentang kehidupan siswa-siswi di universiti dalam dan juga luar negara serta pelbagai aktiviti luar dan berkumpulan yang menarik.

Para fasilitator terlatih didatangkan dari kalangan mahasiswa/wi yang masih belajardi universiti dalam dan luar negara serta mereka yang sudah bekerja dalam profession masing-masing bagi memberikan gambaran lengkap tentang halatuju sebelum, semasa dan selepas pendidikan universiti Bagi yang berminat, bolehlah menghubungi Saudara Mursyidi [013-2070696] atau Saudari Ruzaini [013-2090696] untuk maklumat lanjut. Ayuh sebelum terlambat, hanya RM50 sahaja.

Disediakan oleh,
Urusetia Promosi,
Kem Lepasan SPM Melaka.

Segalanya Bermula Dengan Angan-Angan. December 18, 2008

Posted by pembinamelaka in Ilmiah, Pena Presiden.
Tags: ,
add a comment

Tanggal 17 September 2008 yang lalu, genaplah 105 tahun sejak pertama kali kapal terbang pertama ciptaan pasangan kembar Orville dan Wilbur Wright berlegar di ruang angkasa. Sebelum tarikh keramat tersebut, siapa sangka manusia mampu terbang bebas di angkasaraya persis kawanan burung di langit biru. Namun sedarkah kita pencapaian besar dalam sejarah teknologi dunia ini bertitik tolak dari angan-angan pasangan kembar tersebut ketika dihadiahkan permainan berbentuk helikopter oleh bapa mereka ketika hanya berusia 2 tahun.

terbang

Dan kapal terbang hanyalah salah satu contoh dari ribuan malah jutaan ciptaan hebat alaf ini yang hanya bermula dengan secebis angan-angan. Lantas, tiada suatu apa pun yang sepatutnya menghalang kita untuk berangan-angan mengapai sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini.

Saya tertarik untuk mengajak sekalian pembaca yang rata-rata terdiri dari kalangan belia yang masih di alam universiti untuk memasang impian dan (more…)

Ankahtukaha……qabiltunikahaha’… December 17, 2008

Posted by pembinamelaka in Baitul Muslim, Cerpeneka.
Tags: ,
add a comment

11.12.2008 ! Genap 4 tahun Umm Wafa & Abu Wafa’ melayari hidup bersama. Tentunya terlalu banyak  perkara utk dikongsikan tika mana satu persatu ukhti dan akh bertanya..

‘bg lah tips sikit..esok nak akad nie..huhu’
‘camne nie..sgt cuak…’
‘alamak..takde perasaan la..normal ke…apa pesanan?’

Musim walimah tiba lagi dan perkongsian ini diharap memberi manfaat pada yang membaca..

Semoga saudara dan saudari yang menghitung hari.. atau baru beberapa hari..atau jam..atau telah mula berdayung ke syurga sentiasa dalam redhaNya..moga sama-sama mengambil peringatan dan juga senantiasa bersedia atas segala kemungkinan dariNya…

.

Rumahtangga pendakwah Muslim tidak harus kaku dan beku. Ia seharusnya diwarnai dengan (more…)

Eid Mubarak 1429 Hijriyah. December 7, 2008

Posted by pembinamelaka in Bicara Editor.
Tags: , ,
add a comment

LabbaikAllahumma Labbaik !!

Hari ini, barisan jemaah haji menyahut panggilan Allah SWT, menunaikan wukuf di padang Arafah, salah satu rukun ibadah haji yang mana jika tidak dapat dilaksanakan, makanya sia-sialah akan keberangkatan mereka ke tanah suci pada tahun itu. Amalan memperbanyakkan zikrullah dan memohon keampunan daripada Yang Maha Pencipta terutamanya pada hari ini dan kemudiannya pada hari tasyrik banyak kedapatan dan telah juga disebut dalam Al-Quran,

Maka apabila kamu telah bertolak dari Arafah, berzikirlah kepada Allah di Masy’arilharam. Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat. Kemudian bertolaklah kamu dari tempat bertolaknya orang-orang banyak (Arafah) dan mohonlah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [2:198-199]

.

Bicara tentang Eid Adha pastinya tidak pernah melepaskan kita untuk turut mengenang kisah kurban dan pengorbanan dua insan mulia, Ibrahim dan Ismail alaihissalam. Akan pasti terngiang di (more…)

Langkah Bermula. December 5, 2008

Posted by pembinamelaka in Pena Presiden.
Tags: , ,
add a comment

Assalamualaikum W.B.T

Corak kehidupan dan karakter manusia merupakan cernaan keyakinan serta agenda kehidupan yang diperjuangkan. Lantas, tidak hairanlah jika hari ini kita menyaksikan rencam ragam dan kepelbagaian kerenah manusia dalam melayari kehidupan mereka yang serba sementara. Golongan belia juga tidak terkecuali dalam hal ini. Dalam pada kita berbangga dengan pelbagai pencapaian positif yang dikecap oleh golongan belia samada dalam arena kepimpinan, ekonomi, aktiviti kemasyarakatan mahupun sukan, tidak kurang juga aneka kepincangan yang kian menular dalam komuniti belia secara umumnya. Tidak perlulah kita menuding jari dan menjadikan golongan belia di negara-negara Barat sebagai contoh, kerana sesungguhnya (more…)